Sebab-sebab kenapa anda HARUS menjadi Ahli/e-Usahawan - Score A Programme – ( secara part-time/sampingan sekurang-kurangnya).
Saya menemui ramai rakan-rakan mahupun mereka yang bertanya kan tentang `Score A Programme’ ini…Ramai yang bersetuju akan kepentingan pelajaran kepada anak-anak dan mereka juga bersetuju bahawa sumber kewangan amatlah penting bagi masa depan anak-anak.
Bayangkan kita galakkan anak-anak untuk mencapai kecemerlangan, namun bila anak pula telah berjaya seperti yang kita harap-harapkan, tiba-tiba kita pula berkata, `…maaf ayah tidak cukup wang untuk menghantar kau belajar ke Universiti apatah lagi nak menghantar kau ke luar negara….ayah emak tak mampu…”
Alangkah malangnya sekiranya ini berlaku kepada anak-anak kita…Bukan anak yang salah, anak telah berusaha berhabis-habisan…tapi kita sebagai ibu bapa yang lalai dan alpa membuat perancangan akan masa depan mereka.
Bukankah lebih elok dan cemerlang, sekiranya anak berjaya dan dapat tawaran belajar ke peringkat lebih tinggi, kita juga dengan yakinnya berkata…` ayah emak telah buat persediaan kewangan dari awal lagi untuk kamu semua belajar setinggi yang boleh ….’ Alangkah cantik dan eloknya sekiranya berlaku yang sebegini.
Maka bagi ibu bapa, atau bakal ibu bapa atau sesiapa sahaja….Jangan tunggu lagi….Marilah kita berusaha untuk mengukuhkan ekonomi kita bermula pada hari ini..tidak kira apa juga status kita semua pada ketika ini.
1. Sekiranya anda …`belum berumahtangga atau belum mempunyai anak…’
Jawapan saya:
Jika anda belum berkeluarga atau anak masih lagi kecil, ini lah masa yang terbaik untuk menyertai kerana..anda mempunyai seribu kelapangan masa untuk mencari sebanyak-banyak pendapatan sebelum anda berumahtangga atau mempunyai anak atau anak anda mula bersekolah yang akan menuntut lebih banyak masa anda pada masa hahadapan.
Apabila anda mula berkeluarga, bukankah hidup anda akan menjadi amat mudah kerana sumber kewangan telah anda usahakan sejak dari awal-awal dibandingkan apabila sudah mempunyai anak baru anda terkial-kial mencari pendapatan lebih?
Kata orang tua-tua ….”Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”
2. Sekiranya anda …` berpendapatan cukup-cukup makan aje….’
Jawapan saya :
A) Anda tergolong dari mereka yang harus berani untuk berubah….Jika pada masa 2009 ini, pendapatan anda hanya `cukup-cukup makan..’ malah untuk melabur untuk perniagaan sekecil-kecil pelaburan iaitu RM596 ( e-Biz) atau RM1,788 (e-Partner) itu pun amat sukar untuk mengadakannya atau tiada langsung pun, bukan kah itu bermaksud……TERAMAT PERLU lah anda untuk berusaha dengan lebih gigih supaya sumber kewangan anda berubah kepada yang lebih baik pada masa hadapan.
Takut-takut jika kita tidak berubah pada hari ini dari `pendapatan cukup-cukup makan’..pada setahun, dua tahun akan datang…kita terus `tak mampu nak makan…’ disebabkan kos makin meningkat, persekolahan anak semakin naik, keperluan hidup makin bertambah. Anda boleh melakukan dua perkara, 1) tunggu & lihat sahaja 2) buat sesuatu untuk membantu diri anda….Inilah MASANYA untuk berubah.
3. Sekiranya anda …`berduit tapi macam sayang lah nak keluarkan untuk anak belajar atau untuk perniagaan….’
Jawapan saya:
1) Antara sebab-sebab kita berkerja keras selama ini, dari subuh pagi sampai kepetang dan ada sesetengahnya dari pagi sampai kemalam…adalah untuk mencari pendapatan untuk diri kita sendiri dan juga keluarga dan anak-anak.
Sekiranya begitu, jika peluang ada didepan mata, ada progam yang hebat yang dapat membantu anak-anak mencapai kecemerlangan, kenapa kita tiba-tiba merasakan rugi pula untuk mengeluarkan sedikit wang..untuk membantu mereka naju dalam pelajaran dengan memberi yang terbaik dan untuk masa depan mereka.
Apakah pelaburan yang lebih baik selain membantu anak-anak kita sendiri supaya mereka cemerlang, gemilang dan terbilang, berdikari dan berjaya di dalam hidup mereka di masa hadapan? Jawapannya adalah PELAJARAN !
2) Pernahkah juga anda terfikir salah satu untuk meningkatkan pendapatan adalah dengan berniaga. Namun untuk menjadi usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana pun (IKS )..itu pun anda sekurang-kurangnya memerlukan 10% dari jumlah pinjaman sebagai modal sebelum loan anda dapat diluluskan. Contoh pinjaman RM100,000 anda perlukan RM10,000. Belum lagi bab anda harus membayar balik pinjaman bank.
Dengan Score A, anda hanya perlu mengeluarkan modal dari serendah RM596, RM1,788, RM5,488 atau RM10,800 mengikut kemampuan anda, sekali seumur hidup dan tanpa perlu pinjaman bank.
3) Ataupun, anda bercadang untuk menyimpan sahaja wang anda di bank…satu sikap yang bagus namun berapakah pulangan anda perolehi sekiranya anda sekadar menyimpan RM596 atau RM1788 di bank dalam masa setahun, dua tahun dll. Saya rasa ianya belum menjadi apa-apa pun…….malah lebih takut duit yang disimpan akhirnya dikeluarkan juga untuk digunakan untuk membeli barangan-barangan lain yang bila di lihat tidak seperlu mana pun …contohnya…membeli baju baru, mobile terkini, `sport rim’ kereta yang baru dsbnya. Hasilnya wang habis, tapi anda tetap tidak kemana-mana.
Anda tergolong dikalangan mereka yang seharusnya bersyukur kepada nikmat Tuhan yang telah memberikan anda kerjaya dan pendapatan yang tetap dan lumayan. Tidak ramai yang bertuah seperti anda…
Apa juga status anda, samada anda berpendapatan tetap dan kerjaya kukuh…pernah kah anda terfikir bahawa kemungkinan-kemungkinan dibawah boleh terjadi disepanjang kerjaya anda…
A) Ekonomi merundun…majikan menjadikan ia alasan kenapa tidak lagi mampu membayar gaji anda, atau gaji anda dipotong atau anda mungkin diberhentikan terus.
B) Anda ingin digantikan dengan orang lain yang lebih hebat…berkalibar, berpelajaran dan anda dilabel sebagai tidak lagi produktif oleh majikan, walaupun ada telah berkerja dengan setia selama puluhan tahun…Bagaimanakah nasib anda diketika itu, jika anda tidak pernah bersedia dari awal mencari sumber pendapatan yang lain.
C) Pernahkah anda terfikir, bahawa betapa besar nya pangkat anda, kehebatan anda.. tiba-tiba majikan anda memberikan anda tugas baru yang langsung tidak setaraf dengan anda…yang secara halusnya…memberi anda petanda…bahawa anda sepatutnya berhenti secara hormat…kerana tempat anda akan di isi oleh orang yang baru yang lebih hebat dari anda.
D) Pernahkah anda terfikir bahawa…adakalanya syarikat anda menerima pengurusan yang baru…dan mereka juga membawa `team’ pekerja yang baru di syarikat tempat anda bekerja…Segala sistem, cara kerja telah berubah dan anda tidak dapat menerima tekanan dan perubahan tersebut…Samada anda terus bekerja dalam tekanan atau ucapkan selamat tinggal.
Jika anda telah bersedia anda akan tersenyum berkata `.Selamat Tinggal’…tetapi jika anda tidak bersedia anda bakal mendapat `pakej’ secara PERCUMA seperti hypertension, migraine dan wajah yang kusut dan kerut seribu.
Pilihan di tangan anda !
E) Pernahkah anda terfikir bahawa, kerjaya anda sekarang tidak kiralah sebagai seorang jurutera, professor , ahli perniagaan, pekerja swasta, kakitangan kerajaan atau apa juga…kerjaya anda memerlukan anda berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan perlu hadir melaksanakan tugas anda?
Sekiranya anda tidak hadir kerana di takdirkan anda jatuh sakit apatah lagi sakit yang berpanjangan contohnya hilang upaya kerana kemalangan, penyakit yang serius seperti kanser, anda mungkin dalam jangka masa panjang akan di berhentikan terus kerana `not fit to work’..… Pada ketika itu bagaimana anda ingin menjana pendapatan sekiranya anda tidak berupaya lagi untuk hadir bekerja?
HEBAT sekali bukan….dan yang hebat lagi, perniagaan e-Usahawan yang anda usahakan ini boleh di WARISI oleh anak, isteri/suami anda pada masa hadapan. Nasib mereka telah terbela sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku kepada anda.
Banyak lagi sebab-sebab kenapa anda HARUS merebut peluang yang HEBAT ini ..
“Jangan biarkan diri anda sekadar PENONTON kepada kejayaan orang lain”
Sertai saya Sekarang !
said zulkamar berkata,
14 Julai 2009 @ 6:24 am
hidup kita pilihan kita……kalau kita pilih untuk menjadi senang..berusahalah kearah itu….kemiskinan bukan pilihan kita …..teteapi kita selalu menolak peluang yang ada…maka kemiskinan lah yang akan bertandang tanpa diundang…..ingat gagal hari ini bukan bererti seluruh hidup kita telah gagal…..ramai orang yang berjaya pernah gagal….dari kegagalan yang kita cipta cepat cepat bangun….untuk menuju ke puncak kejayaan